WARISAN DATO SETIA DIRAJA
HAJI MOHAMMAD NOOR BIN ABDULLAH

Blog

LATAR BELAKANG 2

Posted by warishmn on December 27, 2008 at 11:39 PM

Maklumat permulaan telah disampaikan oleh cicit Hj Mohammad Noor iaitu Hj Hussin bin Talib dan maklumat seterusnya oleh cucu Hj Mohammad Noor iaitu Hj Nordin bin Hj Daud, kepada Kamaruddin Mohammad. Maklumat yang diterima adalah hampir sama dengan maklumat Hjh Sawiyah tetapi terdapat penambahan melalui faktor berikut:

1.1 Hj Nordin dan Hj Husin adalah cucu dan cicit tertua dari isteri pertama Bariah (Rembau) Hj Mohammad Noor sebelum beliau berkahwin dengan Fatimah isteri kedua (Kuala Pilah).
1.2 Hj Mohammad Noor telah berkahwin dengan Bariah isteri pertama dan telah mendapat empat (4) orang anak iaitu Hindon, Jariah, Md Yatim dan Hj Daud serta empat belas (14) orang cucu.
1.3 Menurut dari pendapat Tok Ayob bin Mohammad semasa Hari Raya Aidilfitri kedua (141007) di Kuala Pilah, Tok Ayob menyatakan yang Hj Mohammad Noor telah berkahwin di Rembau dahulu, mendapat anak dan cucu, barulah Hj Mohammad berkahwin dengan isteri kedua Fatimah di Kuala Pilah.

Berikut adalah susunan maklumat yang diterima daripada Tok Ngah Hj Nordin Hj Daud dan arwah Pa? Long Husin Talib kepada Kamaruddin Mohammad dan mengambil cerita moyang Hjh Sawiyah serta kajian yang dibuat:

Haji Mohammad Noor yang berasal dari Sumatera semasa umur mudanya telah berhijrah ke Mekah untuk menuntut ilmu agama Islam dan telah bermastautin agak lama di Mekah. Pada zaman dahulu hanya orang yang berkeupayaan, berharta atau orang orang kaya sahaja yang boleh ke-luar negeri untuk menuntut ilmu. Menurut Hj Husin b Talib, Hj Mohammad Noor adalah berketurunan kerabat diraja daripada Pagaruyung. Pendapat ini disokong oleh Hj Nordin bin Hj Daud, cucu Hj Mohammad Noor.

Pada tahun 1869 apabila Tengku Yam Tuan Antah ibni Yamtuan Radin naik takhta sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Yam Tuan Antah sedang mencari Penasihat Agama Istana. Tengku Yam Tuan Antah telah mendapatkan pertolongan daripada kerabat diraja Pagaruyung untuk memperkenalkan seseorang untuk jawatan tersebut.

Pihak istana Pagaruyung telah mencadangkan Hj Mohammad Noor atau nama sebenarnya ialah Raja Haji Mohammad Noor bin Raja Abdullah yang masih berada di Mekah. Umur Hj Mohammad Noor pada masa itu ialah lebih kurang 29 tahun (1869-1840 = 29). Seorang yang bernama Abdul Rahman berkemungkinan keturunan kerabat diraja telah diminta memanggil balek Hj Mohammad Noor ke Kuala Pilah untuk menghadap Yamtuan Antah.

Hj Mohammad Noor telah berkhidmat sebagai Penasihat Agama Yamtuan Antah dan disinilah hubungan mereka amat akrab seperti yang diceritakan oleh anak Hj Mohammad Noor iaitu Hjh Sawiyah. Berdasarkan kepada faktor umur dan tahun, umur Hj Mohammad Noor adalah lebih kurang tidak jauh daripada umur Tengku Yamtuan Antah atau berkemungkinan mereka berdua adalah talian persaudaraan dalam golongan kerabat Pagaruyung.

Oleh kerana keakrapan perhubungan mereka, Tengku Yamtuan Antah mencadangkan Hj Mohammad Noor berkahwin dengan Che Siti dan Tengku Yamtuan Antah berkahwin dengan kekanda Che Siti iaitu Fatimah. Hj Mohammad Noor tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan Tengku Yamtuan Antah berkahwin dengan Che Siti dan beliau berkahwin dengan Fatimah. Tengku Yamtuan Antah akhirnya memilih Che Siti sebagai isteri keduanya atas cadangan Hj Mohammad Noor.

Walau bagaimana pun berdasarkan pembelajaran agama Islam yang mendalam, minat Hj Mohammad Noor lebih kepada berniaga dan pendakwah agama. Menurut tatasusila kerabat diraja, raja tidak boleh berniaga atau sebaliknya. Berdasarkan kepada pertimbangan tersebut, Hj Mohammad Noor telah membuat keputusan untuk balek ke Sumatera tanpa meneruskan cadangan Yamtuan Antah untuk berkahwin kerana akan terikat sebagai kerabat diraja.

Apabila sampai di Sumatera (Pagaruyung), Hj Mohammad Noor membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang biasa bukan kerabat diraja. Maka beliau telah memilih Kampung Gambang, Daerah Pariaman, Padang, Sumatera Barat. Kampung Gambang Daerah Pariaman dipilih oleh Hj Mohammad Noor kerana lokasinya ditepi laut dan sesuai dengan jiwanya mendapat ketenangan serta mudah untuk belayar bagi mencapai hasratnya untuk berniaga.

Walau bagaimana pun, menurut maklumat, perkahwinan dengan isterinya di Pariaman tidak memperolehi anak. Hj Mohammad Noor membuat keputusan untuk merantau ke Malaya dan terus ke Rembau. Sama ada isterinya di Pariaman meninggal atau di ceraikan tiada maklumat diperolehi.

Apabila sampai di Rembau, Hj Mohammad Noor terus ke kampung Tanjung Keling, satu mukim di Kampung Masjid Senama, Rembau, dan telah berkahwin dengan Bariah. Menurut maklumat daripada arwah Hj Husin Talib dan Tok Ngah Haji Nordin Hj Daud yang sama berpendapat berikut:

(a) Untuk mengelak beliau diketahui berketurunan kerabat diraja dari Pagaruyung, Hj Mohammad Noor mengenalkan dirinya berasal dari Daerah Pariaman, Padang, Sumatera Barat sebagi perantau biasa.
(b) Semasa dalam pelayaran dari Sumatera ke Melaka, Hj Mohammad Noor telah dijejaki oleh lanun/perompak kerana beliau adalah pedagang emas dan lain lain barangan. Untuk mengelak dijejak, Hj Mohammad Noor telah menyamar sebagai pendakwah agama dan telah menyembunyikan keturunan kerabatnya.

Setelah berkahwin dengan Bariah dan mendapat empat (4) orang anak serta beberapa orang cucu, menurut maklumat dari arwah Hj Husin Talib, Hj Mohammad Noor telah dipanggil untuk berkhidmat dengan Tuanku Yamtuan Muhammad ibni Al Marhum Yamtuan Antah sebagai Dato? Sedia Diraja di Kuala Pilah. Setakat ini tiada maklumat diperolehi, samaada Hj Mohammad Noor berkahwin dengan Fatimah semasa pemerintahan Tengku Yamtuan Antah atau Tuanku Yamtuan Muhammad anakanda Yamtuan Antah.

Pemerintahan Tengku Yamtuan Antah sebagai Yang Dipertuan Besar ialah dari tahun 1869 hingga tarikh mangkat 1888 dan pemerintahan Tuanku Muhammad ibni Al Marhum Yamtuan Antah ialah diantara 1888 hingga tarikh mangkat 1933. Hj Mohammad Noor mula berkhidmat dengan Yamtuan Antah sebagai penasihat agama ialah pada tahun 1869. Tarikh meninggal dunia Hj Mohammad Noor ialah pada 25hb Disembar 1925. Berdasarkan pada maklumat tersebut Hj Mohammad Noor berkemungkinan berkhidmat dengan Tengku Yamtuan Antah sebagai Penasihat Agama dan dengan anakanda Yamtuan Antah iaitu Tuanku Muhammad sebagai Dato? Sedia Diraja (S/Usaha Sulit).

Menurut maklumat, oleh kerana minatnya untuk berniaga dan sebagai pendakwah agama, pihak istana telah melucutkan nama raja dan Hj Mohammad Noor menjadi rakyat biasa. WALLAHU?ALAM.

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

WEBLOG KELUARGA REMBAU PILAH

PINGBOX YAHOO MESSENGER

RADIO ONLINE MINANG

Kampuang nan jauah di mato samakin dakek di jari. Radio online minang pertama di dunia virtual. Kini dunsanak sakalian telah dapek menikmati alunan lagu lagu minang secara online di Radio Online Minang Cimbuak.Net

Recent Blog Entries

by warishmn | 0 comments
by warishmn | 0 comments
by warishmn | 5 comments
by warishmn | 1 comments

ASH MANAGEMENT SERVICES


INSTITUTE FOR DEMOCRACY AND ECONOMIC AFFAIRS (IDEAS)

Looking To The Past For Inspiration, IDEAS Hopes To Restore The Optimism Of Our Great Grandfathers And Above All To Bring Freedom - Merdeka - To Each And Every Malaysian

SYARAHAN PERDANA PUTRAJAYA

Syarahan Perdana Putrajaya [SPP] is a premier lecture event, an idea mooted by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Slated to be an annual event, it showcases lectures by world-renowned intellectuals and experts in issues relevant to modern day society – religion, democracy, education, knowledge sharing and many more.

 

Sila Ke Laman Web Syarahan Perdana Putrajaya

SAVE THE EARTH

                                  1. Save The Environment, Save The Planet

                                  2. Stop Killing The Environment

                                  3. Zerofootprint Calculator

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Mesjid Pengkalan Baru, Marang,
Terengganu

KULIAH HIJRAH 1431H

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,
Surau Kg Kubu, Marang, Kuala Terenggaunu
050110

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Pasti Bukit Payung, Marang,
Terengganu
030110

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI


Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,

Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

29J'Awal1431/140510

KULIAH SUBUH



Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
29Ramadhan 1430H

KULIAH JUMAAT MINGGU INI


Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
29J'Awal1431/140510

KULIAH MAGHRIB


Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,

Masjid Rusila, Marang

Kuala Terengganu.

110310

WARIGH MENUANG KARIM

CERITA RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Siri cerita cerita rakyat Negeri Sembilan ini dikumpulkan oleh Saudara Abdul Latip bin Talib. Sila ke laman blog beliau.


1. Danau Sisik Emas

2. Asal nama Jelebu dan Sejarahnya.

3. Datuk Moyang Salleh Memutus Tali ke Johor

4. Asal Usul Nama Rembau

5. Dato' Siamang Gagap

6. Si Bongkok Tanjung Puteri

7. Asal Usul Adat Perpatih

8. Asal Nama Minangkabau

9. Kudin Pahlawan Rembau

10. Puteri Pucuk Kalumpang

11. Puteri Hijau

12. Raja Tikus

13. Lagenda Pulau Kemarau

14. Dendam Tengku Melewar

15. Datuk Perpatih vs Datuk Temenggung

16. Kampung Tabuh

17. Asal Usul Nama Sungai Ujung

18. Seri Menanti

19. Sejarah Lukut

20. Asal Nama Linggi dan Sejarah nya

21. Asal Nama Kampung Miku

22. Asal Nama Gemenceh dan Sejarah nya

23. Masjid Kuala Dulang

24. Asal Nama Jempol dan Sejarah nya

25. Burung Pucung Keladi

THE PAGAR RUYUNG DYNASTY

TOKOH MINANGKABAU

Minangkabau telah menghasilkan banyak tokoh yang telah memberikancatatan mas di negeri ini, redaksi mencoba menampilkan profile dankiprah dari tokoh tokoh Minangkabau yang dapat jadi panutan bagigenerasi yang akan datang.


GOOGLE EARTH


SUARA PRIMA

FALSAFAH MINANG

Ihsan Tuan Haji Zainal Mokhtar


The sayings of Adat Perpateh state:

"The Custom is on its development,
Resolution is on its compromise.

The custom has evidence,
The law has witness.

The custom is based on law,
The law is based on the Book of Allah.

The just Crown is honoured,
The cruel Crown is dishonoured.

When you speak at daylight, look around,
When you speak at night, listen well.

Follow your heart, and you die,
Follow your whim, and you perish.

As far as the eyes can see,
Swiftly the horse gallops,
The beaten snake should die,
The beating stick shouldn't break,
The ground shouldn't buckle.

The heavy load is lifted together,
The lighter load is slung together,
The hill is climbed together,
The valley is descended together,
The spoils are shared,
The losses are shared,
The liver of germs are shared,
The liver of elephants are shared.

Look at the custom,
The village with its borders,
The rice-fields with their bunds,
The houses with their stacked steps,
The rooms with their noises,
When the state is big,
When the people are many,
The custom is set, the laws are ordained,
The young has aged,
The aged have titles,
What do the elders say ?
In the world rules a king,
In the "Luak" rules a headman,
In the "suku" rules a "lembaga",
To each his own,
To each his right,
What belongs to another, do not take,
What belongs to you, do not give,
Living in harmony,
Neighbours between homes, village sidling to village,
That you can borrow from each other,
That you visit in sickness,
Playing in the same fields,
Bathe in the same wells,
Share the same lavatories,
Where the land is undulating, the water is clear,
The counsel is united."

Bahaso Asa

Adat basandi syarak
Syarak basandi Kitabullah
Syarak mangato, adat mamakai
Camin nan tidak kabua
Palito nan indak padam.

Usang usang diperbaharui,
Lapuk lapuk dikajangi,

Berjenjang naik,
bertangga turun,

Yang cerdik tempat bertanya,
yang pandai tempat berguru,

Alang tukang kayu terbuang,
Alang cerdik binasa Adat,
Alang alim rosak agama,
Alang sefaham kacau negeri.

Pesaka kepada lelaki,
Seka kepada perempuan.

Yang elok dipakai,
yang buruk dibuang,

Kalau singkat minta disambung,
kalau panjang minta dikerat,
Kalau koyak minta ditampal,

Ibu Adat muafakat.
Dari nenek turun kemamak,
Dari mamak ke kemanakan,

Patah tumbuh hilang berganti,
Pusaka lama begitu jua,

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi syara',
Syara' mengata adat menurut.

Bulat anakbuah menjadikan Buapak,
Bulat Buapak menjadikan Lembaga,
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu (Undang),
Bulat penghulu (Undang) menjadikan Raja.

Raja menobat dalam alamnya (negeri),
Penghulu menobat dalam luaknya (daerah),
Lembaga menobat dalam lingkungannya (mukim),
Buapak menobat pada anak buahnya (kampung dan rakyat),
Orang banyak menobat dalam terataknya (rumahtangga).

Gadang jaan malendo
Panjang jaan malindih

Barek samo dipikua
Ringan samo di jinjiang
Ka bukik samo mandaki
Ka lurah samo manurun
Tatungkui samo makan tanah
Tatilantang samo minum ambun
Kamudiak saantak galah
Kahilia sarangkuah dayuang
Maelo karajo jo usao
Mairik parang jo barani

Budi jan tajua
Paham jan tagadai
Nan kayo iyolah kayo di budi
Nan mulieh iyolah mulieh di basa

Condong mato ka nan rancak
Condong salero ka nan lamak
Rancak di awak
Katuju di urang

Tagak samo tinggi
Duduak samo randah

Nan buto paambuih lasuang
Nan pakak palapeh badia
Nan lumpuah paunyi rumah
Nan binguang disuruah-suruah
Nan cadiak lawan barundiang
Mamakan habih-habih
Manyuruak hilang-hilang

Panakik pisau sirauik
ambiak galah batang lintabuang
silodang ambiak ka niru
nan satitiak jadikan lauik
nan sakapa jadikan gunuang
alam takambang jadi guru

Malangkah di ujuang padang
Basilek di ujuang karih
Kato salalu baumpamo
Rundingan nan banyak bamisalan

Bulek aia kapambuluah
Bulek kato dek mufakat
Bulek baru digolekkan
Tipih baru dilayangkan

Nan merah ialah sago
Nan kurik ialah kendi
Nan indah ialah baso
Nan baik ialah budi

Babeda padang babeda balalang
Babeda lubuak babeda pulo ikannyo
Cupak sapanjang batuang
Adaik salingka nagari

Rasan aia ka aia
Rasan minyak ka minyak
Buayo gadang di lautan
Gadang garundang di kubangan
Nan babungkuih rasan daun
Nan bakabek rasan tali

Lain lubuak lain ikannyo
Lain padang lain belalalngnyo
Lain nagari lain adatnyo

Baadat sapanjang jalan
Bacupak sapanjang batuang


Kok pergi anak merantau,

Mandilah di bawah bawah,

Menyauk di hilir hilir,

Tapi kok di pauk orang bendar sawah,

Dialihnya lantak sempadan,

Dogakkan dada berjuang,

Perlihatkan tanda anak lelaki,

Jangan takut tanah jadi merah,

Esa hilang, kedua terbilang,

Sebelum ajal berpantang mati,

Bila didalam kebenaran,

Biar dipancung leher putus,

Setapak nan jangan namanya surut.


Kalau menumbuk tidak dilesong lagi,

Kalau bertanak tidak diperiuk lagi.


Langit berkelikir,

Bumi bertemberang,

Hendaklah berfikir,

Negeri dah dikelilingi orang


Penghulu bernobat dalam Luaknya,

Hak bergedonong,

Berumpuk seorang satu,

Berharta masing masing,

Berlopak lopak bak sawah,

Beruang ruang bak durian,

Harta orang jangan ditarik,

Harta sendiri jangan di agih.


TAKANANG SEMASO DULU

Ayam Den Lapeh - Oslan Hussin

Kampung Nan Jauh Di Mata - Oslan Hussein

Aryati - Tantowi Yahya

Rayuan Pulau Kelapa - Waldjinah

Bengawan Solo - Hetty koes Endang

Terkenang Semasa Dulu - R Azmi

Nasi Goreng Bubur Kacang - P.Ramlee

Zuraidah-P Ramlee



JUKEBOX




1950 - 1954

1955 - 1959

1960 - 1964

1965 - 1969

1970 - 1974

1975 - 1979

1980 - 1984

1985 - 1989


THE MAN FROM UNCLE

GET SMART

THE FRESH PRINCE OF BEL AIR

MISSION IMPOSSIBLE

GILLIGAN'S ISLAND

COMBAT

HAWAII FIVE O

THE SAINT

THE WILD WILD WEST

THE LONE RANGER

THE BATTLE OF PEARL HARBOUR

JAPANESE INVASION MALAYA WWII


Recent Videos

659 views - 0 comments