WARISAN DATO SETIA DIRAJA
HAJI MOHAMMAD NOOR BIN ABDULLAH

Blog

view:  full / summary

PRESIDENTIAL POWERS

Posted by warishmn on January 27, 2009 at 4:33 AM Comments comments (0)

WHAT THE USA CONSTITUTION SAYS:

All the talk for a week has been about new U.S. president Barack Obama. So, as he starts work in the Oval Office, we thought it might be a good time to review his job description, as it appears in the U.S. Constitution.

Of course, presidential power has evolved plenty since 1787, and today presidents have powers and privileges not specifically mentioned in the Constitution--for it gives the president fewer than a dozen key jobs. Know what they are?

Enumerated Powers

Article II says that the nation's "executive power shall be vested in a President of the United States of America." It specifically enumerates these six powers:

  1. Being "commander in chief of the Army and Navy of the United States, and of the militia of the several states, when called into the actual service of the United States." Suspicious of standing armies, the framers made sure the military had a civilian head. To further check and balance, they gave Congress the power "to declare war," "raise and support armies," "provide and maintain a navy," and "make rules for the government and regulation of the land and naval forces." Of course, that hasn't stopped presidents from sending troops into battle without congressional declarations of war.
     
  2. The right to "require the opinion, in writing, of the principal officer in each of the executive departments, upon any subject relating to the duties of their respective offices." Compared to commanding the troops, "requiring opinions" may sound like handing out homework. But it's part of the president's role as boss of the federal bureaucracy. The executive branch is by far the biggest of the government, employing 4 million people (including active-duty military personnel).
     
  3. The "power to grant reprieves and pardons for offenses against the United States, except in cases of impeachment." Presidential pardons are final. Neither Congress nor the courts can review them. Constitutionally, the president is the forgiver in chief.
     
  4. The "power, by and with the advice and consent of the Senate, to make treaties, provided two thirds of the senators present concur." In practice, presidents and their executive branch officers negotiate and sign treaties without much senatorial "advice," but those treaties aren't binding on the United States unless the Senate ratifies them. Presidents sometimes avoid ratification problems by signing "executive agreements" with foreign governments rather than treaties per se.
     
  5. The power to "nominate, and by and with the advice and consent of the Senate, . . . appoint ambassadors, other public ministers and consuls, judges of the Supreme Court," and "other officers of the United States." This has come to mean that the president submits some 2,000 civilian appointments, and more than 30,000 military ones, for Senate confirmation every year. The Senate confirms nearly all of these.
     
  6. The "power to fill up vacancies that may happen during the recess of the Senate, by granting commissions which shall expire at the end of their next session." When the Senate isn't in session, the president can appoint people to important jobs even without its advice and consent. Such "recess appointments" are often controversial and don't make the Senate happy. It has always guarded its constitutional right to provide "advice and consent" on important appointments.

Enumerated Responsibilities
Along with those six enumerated powers, Article II of the U.S. Constitution enumerates three key responsibilities. According to the framers, the president must:

  1. "From time to time give to the Congress information on the state of the union, and recommend to their consideration such measures as he shall judge necessary and expedient." The president is not charged with formally proposing legislation. That's Congress's job. But, from recommending measures based on "the state of the union" to signing bills into law, the president is supposed to play a key role.
     
  2. "Receive ambassadors and other public ministers." This means lots of state dinners and photo ops--black tie often required. What's more important, though, is that it means the president is the nation's head diplomatic honcho. He is the head of state.
     
  3. "Take care that the laws be faithfully executed." This one is crucial. It charges the president with the fundamental mission of the executive branch--to execute the laws. Along with being commander in chief, this may be the broadest, most expansive presidential responsibility or power in the Constitution.

The president is also charged with commissioning "all the officers of the United States" (commissioning comes after they've already been approved by the Senate) and is empowered to convene special sessions of Congress "on extraordinary occasions." But that's mashed potatoes compared to executing the laws and commanding the troops.

--Steve Sampson


BORANG DAFTAR IBADAH QURBAN/AQIQAH 1430H

Posted by warishmn on January 22, 2009 at 1:53 AM Comments comments (0)
WARIS KELUARGA DATO'SEDIA DIRAJA HAJI MOHAMMAD NOOR BIN ABDULLAH
RUMPUN KELUARGA REMBAUPILAH




























BORANG DAFTAR IBADAH QURBAN / AQIQAH 1430 / 2009











Nama                 




















Alamat                 






















                 






















                 




















Poskod       Bandar          




















Negeri                 




















No HP   
       


























E-Mail                 




















Nama untuk bahagian Qurban















                 






















                 






















                 






















                 




















Nama untuk bahagian Aqiqah















                 






















                 






















                 






















                 































































Tandatangan































Nama untuk dihubungi : 







RembauMOHAMMAD BIN HAJI BADOR 
016-9794436









AMIR HAMZAH BIN

PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR

Posted by warishmn on January 14, 2009 at 6:55 AM Comments comments (5)

Sudah terlebih maklum warikh warikh Hj Mohd Noor di Rembau dan Kuala Pilah ada yang mewarisi tanah tanah adat dan pusaka yang sekarang ini terbiar. Tanah tanah ini mungkin sukar di bangun kan dengan usaha sendirian tetapi jika diwujudkan satu persyarikatan dikalangan warikh warikh kedua daerah ini mungkin tidak mustahil sesuatu usaha dapat dimanfaatkan untuk mendapatkan hasil dari tanah tanah terbiar ini yang boleh di kongsi antara semua warikh.

Saya percaya ada dikalangan kita yang mempunyai pengalaman profesional dalam bidang kewangan, pemasaran, pertanian, veterinar, yang boleh di gembelengkan untuk menjayakan syarikat ini.  Kita mulakan dengan tanah tanah kecil milik persendirian warikh warikh, dan bila sudah mendapat keyakinan nanti, bolehlah luaskan usaha ke tanah tanah lain yang diluar pemilikan kita di Rembau dan Kuala Pilah.

Tanaman yang memberi hasil cepat seperti sayuran dan lada, serai, jarak, adalah dicadangkan. Saudara Amir Abu ada menanam 6 batang pokok jarak di tepi jalan hadapan rumahnya di Ampangan. Nampaknya senang hidup. Saudara Nasha Ali, warikh dari Rembau, seorang graduan UPM, telah mendapat geran pinjaman pertanian untuk menghasilkan sayuran dan lada yang sudah pun tiga musim dijual di restoran di Kuala Lumpur. Beliau sekarang hendak menyewa tanah yang lebih luas lagi untuk menceburi bidang lembu kambing pulak. Abang Bosa baru mula nak belajar teknik fertigasi dan membela lintah dan keli.

Harap cadangan ini dapat sambutan warikh warikh sekelian.


Abang Bosa

PERUBATAN ALTERNATIF

Posted by warishmn on December 31, 2008 at 6:34 PM Comments comments (1)

Den bukan paka perubatan. Den usoho untuk meningkatkan kesihatan den dengan pemakanan asli dan cerdik. Banyak dah perubahan pado diri den. Dah tak poning2 lai. Kona dah apo yang menyakitkan dan apo yang selamat untuk den makan.

 

Den baru jumpa satu product yang hebat. ie STEMCELLENHANCER. Kok dah berumur dan stemcell dah kurang makan natural product ini dan mano stemcell yang lombab tu di activatekan. Cubo tengok kek kayboleh.stemtechbiz.com. Pilih Malaysia. Nak tau pasal penyakit yang di hidapi type stemenhancepenyakit eg migraine or diabetes etc

Baru 2 bulan di Malaysia. # tahun di USA. Den dapek tau bilo bawak kucing utk di kembiri ado 2 orang bertukar pendapat pasal product tu. Animal  lovers sumo friendly belako jadi den menyampok pasal donga perkataan stemcell tu. As I think it is a fantastic product I am consuming it now. Very good feedback from a friend and my sister.

 

Another health tip eat simple food at home. If eating out make sure food has no additives like MSG. Den tak makan masakan di Perjumpaan HMNoor Pertama dek sobab caterer kato ado AJINIMOTO. Also eat a lot of ulams. I used to be sickly 14days in a month. Drink lots and lots of chlorine free water. Zam zam is the best.

 

Kalau sakit kaji balek tadi atau semalam makan apo? Beef increase my BP. Chicken makes me scratch. Groundnuts weakens my joints. Kesian den. Kok dah tomakan Ajinomoto copek2 minum 100 plus.

 

So much for the moment. Assalaamualaikum waroh matollahi wa barokatuh.

 

Khashiyah B M Hashim

 

JALAN YANG SATU YANG BENAR ANTARA 73 JALAN IALAH JALAN AHLI SUFI...Al Mungkidz Minad Dhalal oleh Imam Al Ghozali

 

 

MAJLIS PERJUMPAAN WARIKH HJ MOHD NOOR PERTAMA

Posted by warishmn on December 28, 2008 at 12:12 AM Comments comments (0)

HAJI MOHAMMAD NOOR BIN ABDULLAH 1840-1925
11 generasi berhimpun

Perjumpaan keluarga besar Allahyarham Mohammad Noor Abdullah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpun 11 generasi buat julung kalinya sejak usaha menjejaki mereka dimulakan 45 tahun lalu.

Malah, suasana perjumpaan penuh emosi dan warna-warni diadakan di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, 081207, jelas menceritakan betapa kesemua para hadhirin bersyukur dan berpuas hati dengan kejayaan program itu.

?Ada hikmah di sebalik kegagalan perancangan sebelum ini. Usaha mengumpul salasilah keluarga bermula pada 1962 oleh keluarga di Rembau, iaitu Cikgu Ghani, kira-kira 37 tahun selepas Allahyarham meninggal dunia. Namun, selama dua tahun usahanya gagal.

?Usaha diteruskan Mohamad Bador pada 2004 dan akhirnya selepas tiga tahun, baru perjumpaan dirancang ini berjaya,? kata setiausaha majlis perjumpaan itu, Kamaruddin Mohamad.

Kamaruddin berkata, beliau bersama ahli jawatankuasa ditubuhkan kemudian berusaha mencari maklumat daripada Internet, selain berhubung dengan ketua keluarga di seluruh negara.

?Memang sukar pada mulanya kerana banyak masalah, termasuk tidak tahu alamat dan hanya sedikit bersedia hadir. Kami bertekad walaupun penyertaan sedikit, perjumpaan akan tetap diadakan. Tarikh tutup ditetapkan pada 30 November 2007.

?Menjelang tarikh tutup 200 orang mendaftar dan pada 071207, 300 orang. Alhamdulillah pada hari perjumpaan lebih 500 orang mendaftar,? katanya.

Menurutnya, waris keluarga Allahyarham Mohammad Noor selain menetap di seluruh negara turut datang dari Singapura.

Mereka mempunyai pelbagai latar belakang membanggakan dan menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta. Antara yang hadir ialah bekas Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Nordin Keling dan adiknya bekas Pengurus Felda, Datuk Ibrahim, Pengurus Kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir Amir Nordin, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad dan bekas pemain bola sepak Selangor, Nazab Hidzan.

Katanya, perjumpaan bertujuan merapatkan silaturahim waris keluarga itu yang terbahagi dua, iaitu dari Rembau dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

?Perjumpaan hari ini memang signifikan berbanding perjumpaan lain misalnya hari raya, kerana membabitkan ramai waris dari generasi ketiga yang masih ada hingga ke-11.

?Saya gembira kerana selain adik beradik, generasi muda dapat saling kenal antara satu sama lain,? katanya.

Sementara itu, Ibrahim, 69, berkata, ketika melawat Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia selama tiga hari bermula 26 Julai 2006 beliau berbincang dengan pegawai dan penduduk tempatan yang mengesahkan wujud sebuah kampung dinamakan Kampung Gambang di daerah Pariaman, kira-kira 100 kilometer dari Padang.

?Kampung ini tempat asal Allahyarham yang kemudian berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia 18 tahun dari Sumatera ke Melaka dan menjadi anak angkat Datuk Dagang. Allahyarham adalah peniaga yang sering berulang alik ke Makkah.

Allahyarham lahir pada 1840 dan meninggal dunia ketika berumur 85 tahun pada 25 Disember 1925,? katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, sesi pengenalan latar belakang Allahyarham Mohammad dan pengenalan waris tertua turut diadakan.Difahamkan, Allahyarham berketurunan Wali Sembilan Darjat Pagar Ruyung Minang Kabau, Bukit Tinggi Sumatra.

Waris tertua adalah Ayub Mohammad, 89, Aishah Ismail, 84, Dr Mohamad Noordin, 81, dan adiknya, Zainal Abidin, 80, serta Nordin Daud, 78, yang juga satu-satunya cucu beliau yang masih hidup.

Waris termuda ialah Nur Farah Qistina Mohd Faizal berusia empat bulan 10 hari.

Berdasarkan kajian Kamaruddin pula, Allahyarham selain aktif berniaga, pernah berkhidmat sebagai penasihat Agama Yamtuan Antah dengan gelaran Datuk Sedia Diraja di Kuala Pilah.

METRO AHAD, 091207

LATAR BELAKANG 3

Posted by warishmn on December 27, 2008 at 11:44 PM Comments comments (3)

(a) Menurut amalan biasa, sekiranya Hj Mohammad Noor bukan keturunan kerabat Raja pada zaman itu, Yamtuan Antah tidak akan menawarkan jawatan Penasihat Agama.

(b) Begitu juga jawatan Dato?Sedia Diraja, tidak akan ditawarkan kepada bukan keturunan kerabat diraja.

(c) Menurut maklumat arwah Hj Husin Talib, beliau telah dimaklumkan oleh nindanya Hendon bt Hj Mohammad Noor, iaitu kesemua adik beradik nya Rembau dan Kuala Pilah memiliki pangkal nama Raja tetapi apabila telah dilucutkan, telah menggunakan nama biasa.

(d) Walau bagaimana pun keturunan isteri kedua Fatimah ada hubung kait dengan keturunan Yamtuan Antah melalui salasilah keturunan sebenar. Ibu Fatimah waris suku Biduanda bernama Che Sabariah bt Dato Baginda Muda telah berkahwin dengan Abdul Rahman dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Halijah, Che Siti dan Fatimah. Che Siti telah berkahwin dengan YAM Tunku Yamtuan Antah sebagai isteri kedua Yamtuan dan dikurniakan dua orang anak iaitu YAM Tunku Abdul Kahar dan YAM Tunku Sulaiman. Fatimah telah berkahwin dengan Hj Mohammad Noor.

(e) Menurut perhubungan persaudaraan Hj Mohammad Noor bersama isteri Fatimah melalui kekandanya Che Siti, Hj Mohammad Noor dengan Yamtuan Antah adalah seperti berikut: (i) Perhubungan Hj Mohammad Noor dengan Yamtuan Antah adalah ?biras?. (ii) YAM Tunku Abdul Kahar dan YAM Tunku Sulaiman anah Che Siti dengan Yamtuan Antah adalah anak saudara Hj Mohammad Noor bersama Fatimah. Ianya juga termasuk YAM Tunku Muhammad Ibni Al Marhum Yamtuan Antah, Yamtua Besar NS adalah juga anak saudara Hj Mohammad Noor. (Hj Mohammad Noor telah dipanggil oleh Tunku Yamtuan Muhammad untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulitnya dengan gelaran Dato Sedia Diraja.) (iii) Berdasarkan kepada salasilah tersebut, YAM Tuanku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhammad, Yamtuan Besar NS dan juga Agung Pertama Malaysia adalah cucu saudara Hj Mohammad Noor bersama Fatimah.


Walau bagaimana pun semua pendapat dan kajian tersebut tertakluk kepada maklumat yang diterima daripada cucu cicit Hj Mohammad Noor dan disokong oleh kajian yang dibuat melalui internet URL http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/negri3.htm. Apa yang paling penting kita semua waris rumpun keluarga Allahyarham Haji Mohammad Noor bin Abdullah memohon doa semoga rohnya dan anak cucu cicitnya yang telah pulang ke Rahmatullah dicucuri rahmat oleh Allah SWT Amin.

LATAR BELAKANG 2

Posted by warishmn on December 27, 2008 at 11:39 PM Comments comments (0)

Maklumat permulaan telah disampaikan oleh cicit Hj Mohammad Noor iaitu Hj Hussin bin Talib dan maklumat seterusnya oleh cucu Hj Mohammad Noor iaitu Hj Nordin bin Hj Daud, kepada Kamaruddin Mohammad. Maklumat yang diterima adalah hampir sama dengan maklumat Hjh Sawiyah tetapi terdapat penambahan melalui faktor berikut:

1.1 Hj Nordin dan Hj Husin adalah cucu dan cicit tertua dari isteri pertama Bariah (Rembau) Hj Mohammad Noor sebelum beliau berkahwin dengan Fatimah isteri kedua (Kuala Pilah).
1.2 Hj Mohammad Noor telah berkahwin dengan Bariah isteri pertama dan telah mendapat empat (4) orang anak iaitu Hindon, Jariah, Md Yatim dan Hj Daud serta empat belas (14) orang cucu.
1.3 Menurut dari pendapat Tok Ayob bin Mohammad semasa Hari Raya Aidilfitri kedua (141007) di Kuala Pilah, Tok Ayob menyatakan yang Hj Mohammad Noor telah berkahwin di Rembau dahulu, mendapat anak dan cucu, barulah Hj Mohammad berkahwin dengan isteri kedua Fatimah di Kuala Pilah.

Berikut adalah susunan maklumat yang diterima daripada Tok Ngah Hj Nordin Hj Daud dan arwah Pa? Long Husin Talib kepada Kamaruddin Mohammad dan mengambil cerita moyang Hjh Sawiyah serta kajian yang dibuat:

Haji Mohammad Noor yang berasal dari Sumatera semasa umur mudanya telah berhijrah ke Mekah untuk menuntut ilmu agama Islam dan telah bermastautin agak lama di Mekah. Pada zaman dahulu hanya orang yang berkeupayaan, berharta atau orang orang kaya sahaja yang boleh ke-luar negeri untuk menuntut ilmu. Menurut Hj Husin b Talib, Hj Mohammad Noor adalah berketurunan kerabat diraja daripada Pagaruyung. Pendapat ini disokong oleh Hj Nordin bin Hj Daud, cucu Hj Mohammad Noor.

Pada tahun 1869 apabila Tengku Yam Tuan Antah ibni Yamtuan Radin naik takhta sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Yam Tuan Antah sedang mencari Penasihat Agama Istana. Tengku Yam Tuan Antah telah mendapatkan pertolongan daripada kerabat diraja Pagaruyung untuk memperkenalkan seseorang untuk jawatan tersebut.

Pihak istana Pagaruyung telah mencadangkan Hj Mohammad Noor atau nama sebenarnya ialah Raja Haji Mohammad Noor bin Raja Abdullah yang masih berada di Mekah. Umur Hj Mohammad Noor pada masa itu ialah lebih kurang 29 tahun (1869-1840 = 29). Seorang yang bernama Abdul Rahman berkemungkinan keturunan kerabat diraja telah diminta memanggil balek Hj Mohammad Noor ke Kuala Pilah untuk menghadap Yamtuan Antah.

Hj Mohammad Noor telah berkhidmat sebagai Penasihat Agama Yamtuan Antah dan disinilah hubungan mereka amat akrab seperti yang diceritakan oleh anak Hj Mohammad Noor iaitu Hjh Sawiyah. Berdasarkan kepada faktor umur dan tahun, umur Hj Mohammad Noor adalah lebih kurang tidak jauh daripada umur Tengku Yamtuan Antah atau berkemungkinan mereka berdua adalah talian persaudaraan dalam golongan kerabat Pagaruyung.

Oleh kerana keakrapan perhubungan mereka, Tengku Yamtuan Antah mencadangkan Hj Mohammad Noor berkahwin dengan Che Siti dan Tengku Yamtuan Antah berkahwin dengan kekanda Che Siti iaitu Fatimah. Hj Mohammad Noor tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan Tengku Yamtuan Antah berkahwin dengan Che Siti dan beliau berkahwin dengan Fatimah. Tengku Yamtuan Antah akhirnya memilih Che Siti sebagai isteri keduanya atas cadangan Hj Mohammad Noor.

Walau bagaimana pun berdasarkan pembelajaran agama Islam yang mendalam, minat Hj Mohammad Noor lebih kepada berniaga dan pendakwah agama. Menurut tatasusila kerabat diraja, raja tidak boleh berniaga atau sebaliknya. Berdasarkan kepada pertimbangan tersebut, Hj Mohammad Noor telah membuat keputusan untuk balek ke Sumatera tanpa meneruskan cadangan Yamtuan Antah untuk berkahwin kerana akan terikat sebagai kerabat diraja.

Apabila sampai di Sumatera (Pagaruyung), Hj Mohammad Noor membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang biasa bukan kerabat diraja. Maka beliau telah memilih Kampung Gambang, Daerah Pariaman, Padang, Sumatera Barat. Kampung Gambang Daerah Pariaman dipilih oleh Hj Mohammad Noor kerana lokasinya ditepi laut dan sesuai dengan jiwanya mendapat ketenangan serta mudah untuk belayar bagi mencapai hasratnya untuk berniaga.

Walau bagaimana pun, menurut maklumat, perkahwinan dengan isterinya di Pariaman tidak memperolehi anak. Hj Mohammad Noor membuat keputusan untuk merantau ke Malaya dan terus ke Rembau. Sama ada isterinya di Pariaman meninggal atau di ceraikan tiada maklumat diperolehi.

Apabila sampai di Rembau, Hj Mohammad Noor terus ke kampung Tanjung Keling, satu mukim di Kampung Masjid Senama, Rembau, dan telah berkahwin dengan Bariah. Menurut maklumat daripada arwah Hj Husin Talib dan Tok Ngah Haji Nordin Hj Daud yang sama berpendapat berikut:

(a) Untuk mengelak beliau diketahui berketurunan kerabat diraja dari Pagaruyung, Hj Mohammad Noor mengenalkan dirinya berasal dari Daerah Pariaman, Padang, Sumatera Barat sebagi perantau biasa.
(b) Semasa dalam pelayaran dari Sumatera ke Melaka, Hj Mohammad Noor telah dijejaki oleh lanun/perompak kerana beliau adalah pedagang emas dan lain lain barangan. Untuk mengelak dijejak, Hj Mohammad Noor telah menyamar sebagai pendakwah agama dan telah menyembunyikan keturunan kerabatnya.

Setelah berkahwin dengan Bariah dan mendapat empat (4) orang anak serta beberapa orang cucu, menurut maklumat dari arwah Hj Husin Talib, Hj Mohammad Noor telah dipanggil untuk berkhidmat dengan Tuanku Yamtuan Muhammad ibni Al Marhum Yamtuan Antah sebagai Dato? Sedia Diraja di Kuala Pilah. Setakat ini tiada maklumat diperolehi, samaada Hj Mohammad Noor berkahwin dengan Fatimah semasa pemerintahan Tengku Yamtuan Antah atau Tuanku Yamtuan Muhammad anakanda Yamtuan Antah.

Pemerintahan Tengku Yamtuan Antah sebagai Yang Dipertuan Besar ialah dari tahun 1869 hingga tarikh mangkat 1888 dan pemerintahan Tuanku Muhammad ibni Al Marhum Yamtuan Antah ialah diantara 1888 hingga tarikh mangkat 1933. Hj Mohammad Noor mula berkhidmat dengan Yamtuan Antah sebagai penasihat agama ialah pada tahun 1869. Tarikh meninggal dunia Hj Mohammad Noor ialah pada 25hb Disembar 1925. Berdasarkan pada maklumat tersebut Hj Mohammad Noor berkemungkinan berkhidmat dengan Tengku Yamtuan Antah sebagai Penasihat Agama dan dengan anakanda Yamtuan Antah iaitu Tuanku Muhammad sebagai Dato? Sedia Diraja (S/Usaha Sulit).

Menurut maklumat, oleh kerana minatnya untuk berniaga dan sebagai pendakwah agama, pihak istana telah melucutkan nama raja dan Hj Mohammad Noor menjadi rakyat biasa. WALLAHU?ALAM.

LATAR BELAKANG 1

Posted by warishmn on December 27, 2008 at 11:20 PM Comments comments (0)

Maklumat berhubungan dengan Allahyarham Haji Mohammad Noor tidak banyak diperolehi. Ini mungkin kerana salah satu atau semua sebab sebab berikut:

1.1 Beliau tidak suka menyatakan perihal diri keluarga dan tempat asalnya.
1.2 Tiada antara anak anak nya yang berminat atau sanggup mendapatkan maklumat dirinya.

Menurut anaknya Hjh Sawiyah, Hj Mohammad Noor berasal dari Kampung Gampang (Gambang). Dalam lawatan Dato Hj Ibrahim ke Bukit Tinggi dalam tahun 1996, didapati tiada siapa yang mengetahui akan kampung tersebut di Bukit Tinggi.

Melalui percakapan Dato Hj Ibrahim dengan Dato Muhammad d Ahmad (Am), anak kepada Hjh Kalsum, cucu kepada Hj Tamin yang telah beberapa angkat kepada ninda Hj Mohammad Noor, Kampung Gambang ini terletak di Daerah Pariaman, Padang, Sumatera Barat.

Dalam lawatan Dato Hj Ibrahim ke Padang dan Bukit Tinggi dari 26072006 hingga 29072006 dan melalui perbincangan dengan pegawai dan penduduk tempatan di Padang, adalah telah disahkan terdapat Kampung Gambang di Daerah Pariaman. Pariaman terletak disebelah pantai kira kira 100km dari Padang.

Menurut maklumat cucu Hj Mohammad Noor iaitu Ayob b Mohammad yang diceritakan kepada Dato Hj Ibrahim, Hj Mohammad Noor datang ke Tanah Melayu ketika berumur 18 tahun. Beliau datang dari Sumatera ke Melaka dan telah menjadi anak angkat kepada Dato Dagang di Melaka. Dato Dagang ini mempunyai tiga (3) orang anak laki laki iaitu Yusry, Ibrahim dan Hj Kadir. Malangnya tiada sebarang maklumat diperolehi berkaitan anak anak Dato Dagang tersebut.

Besar kemungkinan dari Melaka Hj Mohammad Noor merantau ke Rembau dan berkahwin dengan isteri pertamanya Bariah (nama sebenarnya dan bukan Burok).

Perjalanan melalui Rembau ini adalah suatu tradisi yang dibuat oleh pendatang Minangkabau dari Sumatera ke daerah lain Negeri Sembilan. Malahan Tuanku Yam Tuan yang di jemput dari Minangkabau datang ke Seri Menanti akan melalui Rembau dan berehat di Astana Raja. Tiada yang mengetahui sama ada Hj Mohammad Noor mengambil jalan yang sama.

Sebagaimana yang diketahui Hj Mohammad Noor ialah seorang peniaga yang kerap kali berulang alik ke Mekah. Menurut cerita anakandanya Hjh Sawiyah, Pekan Lama dimana keluarga beliau bermastautin sekarang adalah tempat berlaboh kapal Hj Mohammad Noor sebelum bandar Kuala Pilah wujud.

Menurut cerita cucunya Ayob Mohammad, Hj Mohammad Noor pernah balik ke Padang dan berkahwin disana tetapi tiada mendapat anak.

Pada pendapat Dato Hj Ibrahim, dari latar belakang asalnya dari kampung di tepi laut (Pariaman) membuatkan Hj Mohammad Noor adalah seorang ahli pelayaran dan mendorongnya berniaga hingga ke Mekah serta pernah tinggal disana untuk beberapa ketika.

Dato Hj Ibrahim juga berpendapat untuk mengenali Hj Mohammad Noor, beberapa soalan timbul seperti berikut:

(a) Tiada siapa di antara ahli keluarga yang mengetahui banyak hal tentang diri beliau. Bahkan anaknya Idris Hj Mohammad Noor tidak pernah memberi maklumat semasa mendapatkan maklumat salasilah keluarganya.
(b) Menurut anaknya Hjh Sawiyah, Hj Mohammad Noor amat rapat dengan Tuanku Yam Tuan Antah yang berkahwin dengan Che Siti, iaitu kekanda ninda Fatimah isteri kedua Hj Mohammad Noor. Mereka sangat akrab sebelum dan selepas mereka berkahwin. Menurut anaknya Hjh Sawiyah, Yam Tuan Antah pada mulanya bercadang berkahwin dengan ninda Fatimah tetapi Hj Mohammad Noor meminta Tuanku Yam Tuan Antah berkahwin dengan Che Siti kekanda Fatimah kerana Hj Mohammad Noor sendiri bercadang untuk berkahwin dengan ninda Fatimah.

Hj Mohammad Noor telah meninggal dunia ketika berumur 85 tahun iaitu pada hari kelahiran cucunya Yahya bin Mohammad iaitu dalam lingkungan tahun 1925. Ini bermakna Allahyarham Hj Mohammad Noor telah dilahirkan pada tahun 1840. Tarikh meninggal dunianya ialah pada 25hb Disembar 1925.

Kuburnya terletak di hujung Surau Tanjung Jati tepi Sungai Muar di Kuala Pilah, WALLAHUALAM.

ASSALAAMUALAIKUM

Posted by warishmn on December 27, 2008 at 8:51 PM Comments comments (1)

Silolah mampir ko Laman Weblog Keluargo Haji Mohammad Noor Abdullah di Rombau dan Kualo Pilah. Laman weblog ini wujud, mengambil sempena perjumpaan kali pertamo keduo keluargo Haji Mohammad Noor Abdullah dari Rembau dan Kuala Pilah, yang telah diadakan pada Sabtu, 081207, di Dewan Pengaman PULAPOL, Kuala Lumpur. Adalah diharapkan laman weblog ini akan menjadi ruang mudah berkumpulnya secara maya kedua dua belah keluarga besar ini untuk bertegur sapa. Samolah macam zaman dulu dulu dimano laman rumah jadi medan permainan di kalangan anak anak.

Tinjau jongok lah selalu laman ini membawa khabar berita keluarga masing masing untuk di kongsi bersama. Bawalah gambar gambar supaya dapat mengeratkan lagi perkenalan. Berilah cadangan cadangan untuk memaksimakan pekdah manfaat dari laman weblog ini. Jago jago sikit bilo bori maklumat identiti diri tu, takut sok kono curi pulak masuk lam laman laman yang tak senonoh.

Terima kasih kepada Dato Amir Nordin, Tuan Abu Shuib Ayob, dan Puan Norisah Jensen, yang telah awal awal lagi sudi memberi komen dalam laman weblog ini. Teruskan lah memberi komen dan cadangan untuk memupuk semangat hidup laman weblog ini. Hopefully Puan Norisah could bear with me until I can prepare an English version of this weblog. Banyak bona bondo nak di translate ini, soba lah yoo!.Terima kasih pada Amir Hamzah Abu yang sudi mengupdatekan salasilah Tok Ki Bariah. Update Sabariah (nama sebenar mengikut Atok Ayub) sudah pun diselitkan dalam Carta Salasilah Gadang. Sebenarnya sumbangan dari semua anggota kedua dua belah keluarga ini amat di alu alukan untuk menjadi penentu kejayaan dan survival laman weblog Keluarga Haji Kohammad Noor ini. Kok sedaro tak koso nak menyumbang, tak dapek den nak nolong doh...

Assalaamualaikum kepada Warikh Warikh yang sudah mencapai Hakikat dan Makrifat nya. Harap agar ilmu pedoman dapat diperturunkan kepada anak anak cucu melalui Tazkirah Haji Mohammad Noor dalam laman weblog ini. Terima kasih kepada Tuan Haji Nong Razif yang sudi berkongsi bersama kita butir butir mutiara dari Perjalanan nya mencari Keredhaan Illahi.


Kepada yang cik gu cik gu di kalangan warikh harap dapat berkongsi bersama tips tips pembelajaran dan menghadapi peperiksaan untuk anak anak yang masih bersekolah. Lebih baik lagi kalau ada yang berminat mengendalikan tuition online dan khidmat counselling pelajar bermasalah dalam laman weblog ini. Untuk anak anak sudah pun di sediakan Online Tuition untuk UPSR, PMR dan SPM. InsyaAllah nanti akan diadakan juga Sudut bacaan online buku buku elektronik dan Online Games. Amacam..best tak?

Kepado warikh warikh yang jaguh menanak nasi dan tokona sodap masakan nogori eh misalan masak lomak sembilang cili api, daging salai, samba tompoyak, gulai ikan koring pisang mudo, silo kungsi petuo dalam laman weblog ini sobolum ilmu tu pupuih.

Kepado warikh warikh yang meniago, laman ini buleh di gunakan sebagai platform e-niaga dan mendapatkan downline mereka mereka yang berkecimpung dalam multilevel marketing. Sapo laii nak nolong kok bukan warikh sendiri!. Saudara Amir Abu dan Saudara Nong sudah pun memasarkan produk produk niaga meraka dalam laman weblog ini. Sila lah warikh warikh membantu muamalat mereka ini.

Satu Sudut Karya sudah pun dimulai dengan persembahan pertama sebuah cerpen 'Telur Rebus' nukilan Tuan Haji Nong. Kepada saudara yang minat melukis sila scan hasil kerja anda supaya dapat di paparkan dalam satu galeri seni dalam weblog ini.


Kepado warikh warikh yang jaguh politik di kodai kupi tu silolah mampir dalam Forum Online yang akan di adokan untuk kito samo samo basilek, tapi kono jagolah tata susila basilek online. Tau tau sok laman weblog ni kono gam MMC.


InsyaAllah Abang Bosa akan menyediakan satu ruang Kemusykilan Kesihatan, dimano warikh warikh yang mempunyai masaalah kesihatan boleh lah membuat perundingan on line, gerenti free, tak payah baya do. Diharapkan warikh warikh yang ado taitel ' Doktor Perubatan' tu silolah mampir ambik bahagian. Kok ado yang 'Pakar Tradisional' pun tak ado salah eh menyumbang sekali doh.


Abang  Bosa

Dr Zaharudin Abdullah, [K]Gen6, [1]Gen7


Rss_feed

WEBLOG KELUARGA REMBAU PILAH

PINGBOX YAHOO MESSENGER

RADIO ONLINE MINANG

Kampuang nan jauah di mato samakin dakek di jari. Radio online minang pertama di dunia virtual. Kini dunsanak sakalian telah dapek menikmati alunan lagu lagu minang secara online di Radio Online Minang Cimbuak.Net

Recent Blog Entries

by warishmn | 0 comments
by warishmn | 0 comments
by warishmn | 5 comments
by warishmn | 1 comments

ASH MANAGEMENT SERVICES


INSTITUTE FOR DEMOCRACY AND ECONOMIC AFFAIRS (IDEAS)

Looking To The Past For Inspiration, IDEAS Hopes To Restore The Optimism Of Our Great Grandfathers And Above All To Bring Freedom - Merdeka - To Each And Every Malaysian

SYARAHAN PERDANA PUTRAJAYA

Syarahan Perdana Putrajaya [SPP] is a premier lecture event, an idea mooted by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Slated to be an annual event, it showcases lectures by world-renowned intellectuals and experts in issues relevant to modern day society – religion, democracy, education, knowledge sharing and many more.

 

Sila Ke Laman Web Syarahan Perdana Putrajaya

SAVE THE EARTH

                                  1. Save The Environment, Save The Planet

                                  2. Stop Killing The Environment

                                  3. Zerofootprint Calculator

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Mesjid Pengkalan Baru, Marang,
Terengganu

KULIAH HIJRAH 1431H

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,
Surau Kg Kubu, Marang, Kuala Terenggaunu
050110

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Pasti Bukit Payung, Marang,
Terengganu
030110

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI


Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,

Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

29J'Awal1431/140510

KULIAH SUBUH



Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
29Ramadhan 1430H

KULIAH JUMAAT MINGGU INI


Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
29J'Awal1431/140510

KULIAH MAGHRIB


Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,

Masjid Rusila, Marang

Kuala Terengganu.

110310

WARIGH MENUANG KARIM

CERITA RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Siri cerita cerita rakyat Negeri Sembilan ini dikumpulkan oleh Saudara Abdul Latip bin Talib. Sila ke laman blog beliau.


1. Danau Sisik Emas

2. Asal nama Jelebu dan Sejarahnya.

3. Datuk Moyang Salleh Memutus Tali ke Johor

4. Asal Usul Nama Rembau

5. Dato' Siamang Gagap

6. Si Bongkok Tanjung Puteri

7. Asal Usul Adat Perpatih

8. Asal Nama Minangkabau

9. Kudin Pahlawan Rembau

10. Puteri Pucuk Kalumpang

11. Puteri Hijau

12. Raja Tikus

13. Lagenda Pulau Kemarau

14. Dendam Tengku Melewar

15. Datuk Perpatih vs Datuk Temenggung

16. Kampung Tabuh

17. Asal Usul Nama Sungai Ujung

18. Seri Menanti

19. Sejarah Lukut

20. Asal Nama Linggi dan Sejarah nya

21. Asal Nama Kampung Miku

22. Asal Nama Gemenceh dan Sejarah nya

23. Masjid Kuala Dulang

24. Asal Nama Jempol dan Sejarah nya

25. Burung Pucung Keladi

THE PAGAR RUYUNG DYNASTY

TOKOH MINANGKABAU

Minangkabau telah menghasilkan banyak tokoh yang telah memberikancatatan mas di negeri ini, redaksi mencoba menampilkan profile dankiprah dari tokoh tokoh Minangkabau yang dapat jadi panutan bagigenerasi yang akan datang.


GOOGLE EARTH


SUARA PRIMA

FALSAFAH MINANG

Ihsan Tuan Haji Zainal Mokhtar


The sayings of Adat Perpateh state:

"The Custom is on its development,
Resolution is on its compromise.

The custom has evidence,
The law has witness.

The custom is based on law,
The law is based on the Book of Allah.

The just Crown is honoured,
The cruel Crown is dishonoured.

When you speak at daylight, look around,
When you speak at night, listen well.

Follow your heart, and you die,
Follow your whim, and you perish.

As far as the eyes can see,
Swiftly the horse gallops,
The beaten snake should die,
The beating stick shouldn't break,
The ground shouldn't buckle.

The heavy load is lifted together,
The lighter load is slung together,
The hill is climbed together,
The valley is descended together,
The spoils are shared,
The losses are shared,
The liver of germs are shared,
The liver of elephants are shared.

Look at the custom,
The village with its borders,
The rice-fields with their bunds,
The houses with their stacked steps,
The rooms with their noises,
When the state is big,
When the people are many,
The custom is set, the laws are ordained,
The young has aged,
The aged have titles,
What do the elders say ?
In the world rules a king,
In the "Luak" rules a headman,
In the "suku" rules a "lembaga",
To each his own,
To each his right,
What belongs to another, do not take,
What belongs to you, do not give,
Living in harmony,
Neighbours between homes, village sidling to village,
That you can borrow from each other,
That you visit in sickness,
Playing in the same fields,
Bathe in the same wells,
Share the same lavatories,
Where the land is undulating, the water is clear,
The counsel is united."

Bahaso Asa

Adat basandi syarak
Syarak basandi Kitabullah
Syarak mangato, adat mamakai
Camin nan tidak kabua
Palito nan indak padam.

Usang usang diperbaharui,
Lapuk lapuk dikajangi,

Berjenjang naik,
bertangga turun,

Yang cerdik tempat bertanya,
yang pandai tempat berguru,

Alang tukang kayu terbuang,
Alang cerdik binasa Adat,
Alang alim rosak agama,
Alang sefaham kacau negeri.

Pesaka kepada lelaki,
Seka kepada perempuan.

Yang elok dipakai,
yang buruk dibuang,

Kalau singkat minta disambung,
kalau panjang minta dikerat,
Kalau koyak minta ditampal,

Ibu Adat muafakat.
Dari nenek turun kemamak,
Dari mamak ke kemanakan,

Patah tumbuh hilang berganti,
Pusaka lama begitu jua,

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi syara',
Syara' mengata adat menurut.

Bulat anakbuah menjadikan Buapak,
Bulat Buapak menjadikan Lembaga,
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu (Undang),
Bulat penghulu (Undang) menjadikan Raja.

Raja menobat dalam alamnya (negeri),
Penghulu menobat dalam luaknya (daerah),
Lembaga menobat dalam lingkungannya (mukim),
Buapak menobat pada anak buahnya (kampung dan rakyat),
Orang banyak menobat dalam terataknya (rumahtangga).

Gadang jaan malendo
Panjang jaan malindih

Barek samo dipikua
Ringan samo di jinjiang
Ka bukik samo mandaki
Ka lurah samo manurun
Tatungkui samo makan tanah
Tatilantang samo minum ambun
Kamudiak saantak galah
Kahilia sarangkuah dayuang
Maelo karajo jo usao
Mairik parang jo barani

Budi jan tajua
Paham jan tagadai
Nan kayo iyolah kayo di budi
Nan mulieh iyolah mulieh di basa

Condong mato ka nan rancak
Condong salero ka nan lamak
Rancak di awak
Katuju di urang

Tagak samo tinggi
Duduak samo randah

Nan buto paambuih lasuang
Nan pakak palapeh badia
Nan lumpuah paunyi rumah
Nan binguang disuruah-suruah
Nan cadiak lawan barundiang
Mamakan habih-habih
Manyuruak hilang-hilang

Panakik pisau sirauik
ambiak galah batang lintabuang
silodang ambiak ka niru
nan satitiak jadikan lauik
nan sakapa jadikan gunuang
alam takambang jadi guru

Malangkah di ujuang padang
Basilek di ujuang karih
Kato salalu baumpamo
Rundingan nan banyak bamisalan

Bulek aia kapambuluah
Bulek kato dek mufakat
Bulek baru digolekkan
Tipih baru dilayangkan

Nan merah ialah sago
Nan kurik ialah kendi
Nan indah ialah baso
Nan baik ialah budi

Babeda padang babeda balalang
Babeda lubuak babeda pulo ikannyo
Cupak sapanjang batuang
Adaik salingka nagari

Rasan aia ka aia
Rasan minyak ka minyak
Buayo gadang di lautan
Gadang garundang di kubangan
Nan babungkuih rasan daun
Nan bakabek rasan tali

Lain lubuak lain ikannyo
Lain padang lain belalalngnyo
Lain nagari lain adatnyo

Baadat sapanjang jalan
Bacupak sapanjang batuang


Kok pergi anak merantau,

Mandilah di bawah bawah,

Menyauk di hilir hilir,

Tapi kok di pauk orang bendar sawah,

Dialihnya lantak sempadan,

Dogakkan dada berjuang,

Perlihatkan tanda anak lelaki,

Jangan takut tanah jadi merah,

Esa hilang, kedua terbilang,

Sebelum ajal berpantang mati,

Bila didalam kebenaran,

Biar dipancung leher putus,

Setapak nan jangan namanya surut.


Kalau menumbuk tidak dilesong lagi,

Kalau bertanak tidak diperiuk lagi.


Langit berkelikir,

Bumi bertemberang,

Hendaklah berfikir,

Negeri dah dikelilingi orang


Penghulu bernobat dalam Luaknya,

Hak bergedonong,

Berumpuk seorang satu,

Berharta masing masing,

Berlopak lopak bak sawah,

Beruang ruang bak durian,

Harta orang jangan ditarik,

Harta sendiri jangan di agih.


TAKANANG SEMASO DULU

Ayam Den Lapeh - Oslan Hussin

Kampung Nan Jauh Di Mata - Oslan Hussein

Aryati - Tantowi Yahya

Rayuan Pulau Kelapa - Waldjinah

Bengawan Solo - Hetty koes Endang

Terkenang Semasa Dulu - R Azmi

Nasi Goreng Bubur Kacang - P.Ramlee

Zuraidah-P Ramlee



JUKEBOX




1950 - 1954

1955 - 1959

1960 - 1964

1965 - 1969

1970 - 1974

1975 - 1979

1980 - 1984

1985 - 1989


THE MAN FROM UNCLE

GET SMART

THE FRESH PRINCE OF BEL AIR

MISSION IMPOSSIBLE

GILLIGAN'S ISLAND

COMBAT

HAWAII FIVE O

THE SAINT

THE WILD WILD WEST

THE LONE RANGER

THE BATTLE OF PEARL HARBOUR

JAPANESE INVASION MALAYA WWII


Recent Videos

624 views - 0 comments